Cinta hentikan permainanmu terhadapku, aku tak sanggup lagi dipermainkan olehmu, kenape eangkau dtg lagi untuk menjengahku, aku tahu setiap kali kau manjengahku pasti akan ada kesakitan yang bakal mengundag... aku takut... aku risau... aku tidak mahu lagi rasa kepedihan dulu yang pernah aku rasai...
kini engkau datang dengan orang baru... orang yang telah menarik perhatianku... orang yang mungkin bakal ku cinta dan ku rindu... orang yang elok paras rupanya... orang yang baik juga budi perkertinya... walaupun jauh disudut hatiku ade bisikan yang mengatakan dia sanggup berkorban untuk ku tapi aku tahu bahawa itu semua tidak akan sama sekali berlaku...
Cinta tahu kah engkau bahawa menggeletar diriku ini disaat dia menyentuh diriku... tahukah engkau betape seronoknya hatiku ini bila ku melihat dia tertawa... betapa sengsara nya aku bila tak bersama dengannya... sikap ambil beratnya telah menawanku... senyuman manisnya telah mengikat ku... adakh engkau gembira sekarang wahai cinta??...
AARRGGGHHH!!!... nyah kau dari hati ku... cukuplah engkau menyeksaku... ingin ku buang kau dari hidupku... tapi persoalannya bagaimana???... bagaimana aku ingin melawan dirimu wahai cinta???... aku tidak sanggup berjauhan dari dia... aku tak sanggup lagi kehilangan dirinya... jadi bagaimana wahai cinta??... tunjukkanlah aku jalannya...
Cinta aku sudah puas menangis keranamu... aku sudah puas disakiti dan sekarang tidak lagi aku mahu hadapinye sekali lagi... kau buat aku kecewa... kau buat aku terluka tanpa akhirnya... jika ini membahgiakan mu aku redha wahai cinta tetapi satu pintaku padamu wahai cinta... hentikanlah semua drama... hentikanlah semua permainan mu... kerana aku insan yang lemah dan tidak lagi berdaya untuk melawan mu... bukan semalam... bukan hari ini... bukan esok... bukan selamanya...
Namun jika engkau ingin terus kekal dihatiku... kau tunjukkanlah kepada ku sinar kebahagiaan... kau sinarilah hatiku dengan kegembiraan... kau damaikanlah perasaan dengan senyumannya... kau penuhilah hatiku dengan cintanya... kau ikatlah aku dengan belaiannya... aku sedia menanti...
Cara nak kurus cepat !
-
Satu soalan yang aku terima di whatsapp ketika aku 'menemubual' seorang
kenalan yang ingin membeli cacao. Pelbagai soalan diajukan dan yang satu ni
memb...
1 day ago


0 comments:
Post a Comment